The Translation of Istiʻarah to Metaphor in Previous Studies Penterjemahan Isti'arah Kepada Metafora Dalam Kajian-kajian Lepas

Main Article Content

Nabilah Halim
Suhaila Zailani @Hj.Ahmad

Abstract

Penggunaan gaya bahasa isti’arah sering dirujuk sebagai metafora dalam retorik bahasa Melayu. Meskipun begitu, terdapat beberapa penelitian yang memperlihatkan gaya bahasa metafora, personifikasi, depersonifikasi dan hiperbola dalam terjemahan isti’arah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk membincangkan penterjemahan isti’arah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam kajian-kajian lepas, menganalisis ciri-ciri perbezaan antara isti’arah dengan metafora yang terdapat dalam kajian-kajian lepas, serta mengesan kecenderungan sarjana menterjemahkan istilah isti’arah dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks kandungan terhadap buku, tesis, disertasi, artikel jurnal, makalah dalam prosiding dan sebagainya dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpul kemudian dianalisis secara deskriptif dengan menggabungkan beberapa pandangan dan dapatan kajian-kajian lepas bagi menghasilkan satu gambaran yang komprehensif berkaitan penterjemahan isti’arah. Hasil kajian mendapati isti’arah tasrihiyyah mempunyai unsur metafora manakala isti’arah makniyyah mempunyai unsur personifikasi dan depersonifikasi. Isti’arah secara umumnya dirujuk sebagai metafora kerana gaya bahasa personifikasi dan depersonifikasi juga merupakan sebahagian daripada metafora. Penggeneralisasian metafora kepada isti’arah adalah wajar dan sesuai kerana kedua-duanya membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.


 


Kata kunci: Penterjemahan, isti’arah, metafora, personifikasi, retorik

Article Details

How to Cite
Halim, N., & Zailani @Hj.Ahmad, S. (2020). The Translation of Istiʻarah to Metaphor in Previous Studies: Penterjemahan Isti’arah Kepada Metafora Dalam Kajian-kajian Lepas. Jurnal Sains Insani, 5(1), 119-125. Retrieved from http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/128
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)