Kalimah Allah: Tinjauan Ringkas terhadap Maksud dan Penggunaannya dalam Kalangan Pemimpin Kristian The Word Allah: A Brief Survey on Its Meaning and Usage by the Church Leaders

Main Article Content

Roslizawati Mohd Ramly
Muhammad Khairi Mahyuddin

Abstract

Terdapat segolongan pemimpin Kristian di Malaysia yang memperjuangkan hak untuk terus menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada konsep ketuhanan dalam agama Kristian dan juga di dalam Bible terjemahan Bahasa Melayu. Mereka mendakwa bahawa mereka berhak untuk menggunakan kalimah tersebut. Namun begitu, terdapat persoalan apakah maksud sebenar kalimah Allah dalam perpektif agama Kristian. Justeru itu, kertas ini menjelaskan apakah makna kalimah Allah dari persepsi pemimpin agama Kristian dan perbezaannya  dengan konteks kepercayaan dalam agama Islam.  Kajian ini mengunakan metod kajian tekstual dan kaedah temubual secara bersemuka dengan beberapa pemimpin agama Kristian.  Data temubual dianalisis untuk mengenal pasti kefahaman dan penggunaan kalimah Allah oleh para pemimpin Kristian. Seterusnya, dapatan data temubual dibandingkan pula dengan penggunaan dan kefahaman kalimah Allah dalam kitab-kitab turath akidah tulisan jawi yang menjadi rujukan umat Islam di Alam Melayu. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan maksud dan penggunaaan kalimah Allah antara penganut agama Kristian dan Islam.

Article Details

How to Cite
Mohd Ramly, R., & Mahyuddin, M. K. (2019). Kalimah Allah: Tinjauan Ringkas terhadap Maksud dan Penggunaannya dalam Kalangan Pemimpin Kristian. Jurnal Sains Insani, 4(2), 21-27. https://doi.org/10.33102/jsi2019.4.2.03
Section
Articles